Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Pemantauan PPD Kluang

Imej
Sempena pertandingan Musolla Al-Hakim 2016, Musolla Al-Hidayah telah dilawati oleh Ustaz Faizal Bin Subahar dan Ustazah Rokiah, PPD Bahagian Pendidikan Islam. Muda-mudahan lawatan beliau pada hari ini dapat memberi tunjuk ajar dan berkongsi tips penambahbaikan musolla ini untuk tujuan yang akan datang. Terima kasih atas kunjungan Tuan-tuan,semoga bertemu lagi pada pertemuan akan datang.

Persediaan Pertandingan Musolla Al-Hakim

Imej

Sejarah Musolla Al-Hidayah

Imej
     Pada tahun 1980 dalam Rancangan Malaysia ke-4 kerajaan meluluskan peruntukan bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 1 bilik sembahyang, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik rawatan, 1 bilik tayang dan 1 bilik sumber. Pihak Penisular Plantation Sdn. Bhd. telah bermurah hati menderma buku-buku perpustakaan, radio kaset, overhead projector dan filem sisipan.      Pada tahun 2002 pula, SK Sungai Linau mendapat bangunan 4 tingkat mengandungi 6 buah bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik sumber, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sembahyang, bilik mesyuarat dan pejabat guru. Kantin Sekolah dan Pondok Kawalan Keselamatan dibina pada tahun 2003.        —Pemberian nama surau “AL-HIDAYAH” telah diilhamkan oleh Ketua Panatia Pendidikan Islam kami , Ustazah Hajah Zaleha yang merupakan orang lama warga Sg Linau ini serta penyumbang utama usaha dan peralatan dan kelengkapan surau oleh beliau sejak awal posting di sekolah ini. Bagi menghargai jas

Selamat Datang Ke Musolla Al-Hidayah

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami melancarkan blog Musolla A-Hidayah,mudah-mudahan menjadi medium dakwah dan penyampaian maklumat berkaitan dengan aktiviti dan ilmu daripada musolla kami. Kami doakan juga dengan memberi nama Al-Hidayah kepada musolla kami menjadi asbab pengunjung blog dan musolla kami mendapat taufik dan petunjuk daripada Allah SWT. Amin....