Sejarah Musolla Al-Hidayah


     Pada tahun 1980 dalam Rancangan Malaysia ke-4 kerajaan meluluskan peruntukan bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 1 bilik sembahyang, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik rawatan, 1 bilik tayang dan 1 bilik sumber. Pihak Penisular Plantation Sdn. Bhd. telah bermurah hati menderma buku-buku perpustakaan, radio kaset, overhead projector dan filem sisipan.


     Pada tahun 2002 pula, SK Sungai Linau mendapat bangunan 4 tingkat mengandungi 6 buah bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik sumber, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sembahyang, bilik mesyuarat dan pejabat guru. Kantin Sekolah dan Pondok Kawalan Keselamatan dibina pada tahun 2003.



       —Pemberian nama surau “AL-HIDAYAH” telah diilhamkan oleh Ketua Panatia Pendidikan Islam kami , Ustazah Hajah Zaleha yang merupakan orang lama warga Sg Linau ini serta penyumbang utama usaha dan peralatan dan kelengkapan surau oleh beliau sejak awal posting di sekolah ini. Bagi menghargai jasa beliau maka kami memberi penghormatan untuk memberi nama kepada musolla ini. Sesuai dengan nama Al-Hidayah juga mudah-mudahan menjadi doa dan sebab untuk semua pengunjung mosolla ini mendapat petunjuk dari Allah swt .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA HFMD